PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

Nama dan No. matrix ahli kumpulan

  1. Nur Suhana Binti Zamri ( 29DHF23F2041 )
  2. Nur Syarafana Binti Mohammad Shahrin (29DHF23F2037 )
  3. Siti Balqis Binti Adianordi (29DHF23F2045 )
  4. Nor Aisyahton Shahirah Binti Md Zahit ( 29DHF23F2003 )


PENDAHULUAN  

Penggunaan bahasa kesat di media sosial kian berleluasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan dek pembangunan ekonomi dan teknologi yang pesat di serata dunia. Isu ini bukan hanya melibatkan golongan dewasa malahan golongan remaja juga tidak terkecuali dari terlibat dengan isu yang tidak bermoral ini.

Pengguna media sosial tidak asing dengan istilah ‘netizen’ atau ‘warganet’. Warganet didefinisikan sebagai pengguna yang terlibat secara aktif dalam talian seperti di Facebook, Instagram, TikTok dan pelbagai lagi media sosial yang lain. Akibat tiada had dan sempadan dalam penggunaan media sosial pada masa kini menyebabkan mereka bebas menyuarakan dan memberikan pandangan mereka tanpa batas kepada pengguna media sosial yang lain. Hal ini sekaligus mendorong kepada pengunaan bahasa kesat dalam komen yang diberikan dan dijadikan sebagai trend.

Bahasa kasar juga selalu dikaitkan dengan bahasa kesat merupakan bahasa yang digunakan diluar lingkungan frasa yang biasanya digunakan. Penulis ataupun penutur yang menggunakan bahasa kesat sering dianggap sebagai orang yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak tahu untuk berbahasa dengan sopan. Bahasa kesat adalah bentuk bahasa yang tidak senonoh seperti kata carian, carutan, hinaan dan seumpama dengannya. Ianya juga merupakan tingkah laku biasa yang telah meresap ke dalam semua bentuk teknologi komunikasi manusia pada masa kini. Merujuk statistik penggunaan bahasa kasar di media sosial sebanyak 51 juta ciapan dan 14 juta pengguna mendedahkan bahawa kadar pengunaan bahasa kasar di Twitter adalah pada kadar 1.15% manakala kadar kata-kata kutukan sebanyak 7.73% daripada semua ciapan. Hal ini sangat bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia yang sangat mementingkan adab dan sopan sejak dahulu kala lagi.

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL



Ini adalah contoh perbualan di Twitter yang melibatkan Nabila Razali yang membalas kritikan terhadap suaranya. Berikut adalah contoh ringkasan terhadap contoh perbualan tersebut.

  1.  Perbualan pertama : Nabila secara sarkastik meminta maaf kerana suaranya dikatakan "macam bodo". Kritikan yang diterimanya berbunyi kasar, mengatakan bahawa suaranya terdengar seperti "karok" dan mengangap tidak sesuai untuk menjadi artis.
  2. Perbualan kedua : Nabila menyatakan bahawa tidak mengapa jika orang tidak menyukai lagunya mungkin ini bukan citarasa mereka. Namun, dia meminta agar bahasa yang digunakan dalam kritikan lebih sopan dan tidak kasar.
  3. Perbualan ketiga : Nabila menegaskan bahawa kritikan membina adalah dialu-alukan tetapi tidak dengan bahasa kasar yang tidak diajar oleh ibu bapanya. Ini menunjukkan bahawa dia boleh menerima kritikan selagi ia disampaikan dengan cara yang lebih sopan. Gambar ini memaparkan bagaimana Nabila Razali berhadapan dengan kritikan kasar di media sosial. Walaupun dikritik dengan kata-kata yang kurang sopan dia membalas dengan tenang dan menekankan etika berbahasa yang baik. Situasi ini menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh selebriti dan tokoh awam apabila menerima kritikan dan bagaimana reaksi mereka dapat mencerminkan profesionalisme dalam menangani maklum balas negatif.





ini adalah contoh perbualan di Twitter antara pengguna dan akaun rasmi "AskRapidKL". Gambar ini menunjukkan masalah dalam penggunaan bahasa di media sosial, terutamanya apabila melibatkan rungutan terhadap perkhidmatan awam. 

  1. Tweet pengguna : pengguna mengeluh tentang kelewatan perkhidmatan bas 753 RapidKL. Mereka menggunakan bahasa yang tidak sopan termasuk kata-kata kesat seperti "babi" dan "sial" untuk menyuarakan ketidakpuasan kerana menunggu bas selama 3 jam. Pengguna juga menunjukkan rasa marah kerana jadual bas yang sepatutnya tiba pada pukul 11.30 pagi tetapi sudah jam 2 petang dan bas belum tiba 
  2. Respon AskRapidKL : Akaun RapidKL membalas dengan sopan meminta pengguna untuk menggunakan bahasa yang lebih sesuai ketika berinteraksi di platform tersebut.
  3. Respon pengguna : Pengguna tersebut menjawab dengan lebih sarkastik mengatakan bahawa berbicara dengan baik tidak memberi kesan atau "masuk otak" kepada AskRapidKL serta menyindir bahawa mereka masih tidak menyelesaikan masalah walaupun bahasa yang lebih baik digunakan. Dalam kes ini, pengguna menunjukkan kemarahan dengan menggunakan bahasa kasar sementara pihak penyedia perkhidmatan cuba mengekalkan profesionalisme dalam respon mereka. Situasi ini juga menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh perkhidmatan pelanggan dalam mengendalikan komen negatif di media sosial sambil menegaskan etika berbahasa yang sesuai.
PUNCA PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

Penggunaan bahasa kesat di media sosial disebabkan oleh beberapa faktor utama:

  1. Anonimitas: Banyak platform media sosial memberikan kebebasan kepada pengguna untuk berkomunikasi tanpa menampilkan identiti sebenar. Hal ini mendorong sesetengah orang untuk merasa lebih berani menggunakan bahasa kesat tanpa takut kepada akibatnya. 
  2. Kurangnya Kawalan Sosial: Di dunia maya, kurangnya interaksi tatap muka mengurangi rasa tanggung jawab sosial. Pengguna mungkin merasa mereka tidak akan menghadapi konsekuensi langsung seperti yang berlaku dalam komunikasi di dunia nyata. 
  3. Pengaruh Rakan Sebaya: Di kalangan pengguna, terutama remaja dan orang muda, penggunaan bahasa kesat mungkin dilihat sebagai cara untuk menyesuaikan diri dengan kumpulan rakan atau untuk menunjukkan keberanian dan sikap tidak peduli. 
  4. Tanggapan Frustrasi atau Emosi: Pengguna sering menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan marah, kecewa, atau frustasi, dan bahasa kesat sering kali menjadi alat untuk mengekspresikan emosi negatif tersebut.
  5. Provokasi dan Ketegangan Politik/Sosial: Isu-isu politik atau sosial yang kontroversial sering menimbulkan ketegangan, dan bahasa kesat digunakan sebagai respons terhadap pendapat yang bertentangan, terutama dalam perdebatan yang memanas. 
  6. Kurangnya Pendidikan Etika Digital: Tidak semua pengguna media sosial memiliki pemahaman yang baik tentang etika berkomunikasi dalam talian. Kurangnya pendidikan tentang penggunaan bahasa yang sopan di internet menyumbang kepada penyebaran bahasa kesat.
  7. Kesan Viral dan Pembelajaran Sosial: Ketika pengguna lain melihat bahasa kesat digunakan dan tidak dikenakan hukuman atau malah mendapat perhatian, mereka mungkin terdorong untuk menirunya, menciptakan lingkaran negatif.
  8. Ketidakseimbangan Emosi: Beberapa pengguna media sosial yang mengalami masalah kesihatan mental atau tekanan mungkin menggunakan bahasa kasar sebagai cara untuk melepaskan diri atau mengekspresikan ketidakstabilan emosi mereka. Penggunaan bahasa kesat di media sosial adalah masalah yang semakin ketara dan dapat mempengaruhi dinamika komunikasi serta hubungan sosial di platform tersebut.
KESAN PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL 

Penggunaan Bahasa kesat di media social memberi banyak kesan negatif terhadap masyarakat dan pengguna media sosial. Yang pertama, bahasa kesat dapat mencetuskan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan tersinggung pada individu yang membaca. Ini juga boleh menyebabkan konflik dan perpecahan dalam masyarakat. Kedua, pengguna yang sering menggunakan bahasa kesat juga boleh dilihat sebagai tidak beradab yang boleh memberi impak negatif terhadap reputasi individu atau organisai. Seterusnya, penggunaan bahasa kesat boleh menghalang komunikasi yang berkesan. Individu mungkin menjadi defensif dan enggan bebincang secara terbuka. Selanjutnya, penggunaan bahasa kesat juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental, termasuk meningkatkan tekanan dan kecemasan. Selain itu, bahasa kesat di media social boleh menggalakkan budaya agresif, di mana pengguna merasa bahawa tingkah laku tersebut boleh diterima dan tidak menghargai komunikasi yang sopan dan beradap. Bahasa kesat juga boleh menimbulkan konflik dan ketegangan antara pengguna dan ini boleh menybabkan pedebatan yang tidak produktif dan memperburuk hubungan antara individu. Akhir sekali, ia juga boleh mendorong insiatif untuk Pendidikan tentang etika dalam komunikasi digita. Isu penggunaan bahasa kasar di media sosial merupakan fenomena yang semakin mendapat perhatian kerana ia boleh merosakkan persekitaran digital dengan mencetuskan ketegangan, konflik, dan ketidakselesaan di kalangan pengguna. Penggunaan kata-kata yang kasar dan tidak sopan tidak hanya mengancam keharmonian dalam interaksi online, tetapi juga boleh menyebabkan kemarahan, kesan psikologi negatif, dan memudaratkan hubungan antara individu dan masyarakat secara keseluruhannya.

PENUTUP

Sebelum nasi menjadi bubur, masalah penggunaan bahasa kesat yang berleluasa dalam kalangan netizen haruslah dibendung supaya dapat mengelakkan daripada terlahirnya generasi baharu yang tidak mementingkan adab di kemudian hari yang boleh merosakkan bahasa ibunda yang susah payah dipelihara oleh nenek moyang kita. Oleh hal yang demikian, golongan masyarakat seharusnya didedahkan dengan kempen-kempen kesedaran yang melibatkan penggunaan bahasa yang baik semasa melayari media sosial supaya mereka dapat memuhasabah diri dan membezakan penggunaan bahasa yang baik mahupun tidak. Hal ini dapat membentuk peribadi yang baik dalam golongan masyarakat. Tak lupa juga, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang jitu dalam mendidik anak mereka untuk menggunakan bahasa yang sopan sejak kecil lagi kerana ibu bapa yang akan dijadikan sebagai contoh teladan oleh anak mereka. Sebagai warganet, kita haruslah mengikuti arus kemodenan tanpa melupakan adab dan budi pekerti kemelayuan yang wujud sejak sekian lama.

Comments