Posts

PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

Image
Nama dan No. matrix ahli kumpulan Nur Suhana Binti Zamri ( 29DHF23F2041 ) Nur Syarafana Binti Mohammad Shahrin (29DHF23F2037 ) Siti Balqis Binti Adianordi (29DHF23F2045 ) Nor Aisyahton Shahirah Binti Md Zahit ( 29DHF23F2003 ) PENDAHULUAN   Penggunaan bahasa kesat di media sosial kian berleluasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan dek pembangunan ekonomi dan teknologi yang pesat di serata dunia. Isu ini bukan hanya melibatkan golongan dewasa malahan golongan remaja juga tidak terkecuali dari terlibat dengan isu yang tidak bermoral ini. Pengguna media sosial tidak asing dengan istilah ‘netizen’ atau ‘warganet’. Warganet didefinisikan sebagai pengguna yang terlibat secara aktif dalam talian seperti di Facebook, Instagram, TikTok dan pelbagai lagi media sosial yang lain. Akibat tiada had dan sempadan dalam penggunaan media sosial pada masa kini menyebabkan mereka bebas menyuarakan dan memberikan pandangan mereka tanpa batas kepada pengguna media sosial yang lain. Hal ini sekaligus me...